Kisah Pejuang Premature
Anak premature adalah " anugerah " yang luarbiasa. Mereka mempunyai kelebihan tertentu. Tetapi mereka juga harus melalui beberapa fasa yang pastinya bayi normal tidak inginkan. Tetapi setiap ibu bapa yang mempunyai anak premature(prem) pastinya ini anugerah yang luar biasa buat mereka.
kata-kata dari si Pejuang
" aku dilahirkan pada umur 7 bulan 3 hari setelah ibuku pecah ketuban dan bleeding. Setelah operation aku lahir kedunia dan ibuku juga selamat. Setelah lahir, aku dan ibu dipisahkan. Ibu ke wad untuk berehat, manakala aku dibawa ke NICU.Apabila masuk, ramai anak-anak disini. Aku diletakkan di zon merah, mereka masukkanku didalam incubator,hidungku diletakkan oksigen, kakiku dililit tali supaya dapat sambung ke monitor agar aku dapat diperhatikan(denyutan jantung, nafas dan paru-paru) oleh nurse dan doktor .Aku dilahirkan pada pukul 12.30 pagi,beratku 1.16kg,alhamdulillah aku dapat bernafas walaupun didunia baru.
Aku tertunggu-tunggu bapaku,akhirnya pukul 2.30pagi bapaku datang melawat.Aku sangat gembira.Bapa bertanya pada doktor tentang diriku.Bapa azankanku dan bacakan beberapa ayat al quran. Setelah itu,bapaku pergi dan meninggalkan ku sendiri ditemani nurse dan doktor
Aku cuba untuk membiasakan diri di inkubator,beberapa hari pertama beratku turun.Bapaku bertanya pada doktor,katanya ini biasa,kerana bayi prem memang akan turun naik berat badannya.Untuk beberapa hari pertama didunia,bapa sering melawatku.
HARI KE 3
Akhirnya, ibu datang melawatku setelah diizinkan doktor.Aku sangat gembira.Ibu ditemani bapaku dengan menggunakan kerusi roda.Akhirnya ku dapat lihat ibuku dan bapa bersama melihatku.Terlihat muka keresahan dimuka mereka,tapi mereka memberikan ku semangat supaya kuat untuk menghadapi ujian ini.... "
APA YANG TERJADI HARI KE 4?
tunggu post yang seterusnya ya ..

No comments:
Post a Comment