Saturday, November 8, 2014

Hari ke 46

Hari ke 46

Si Pejuang prem semakin positif.
Berat semasa lahir adalah 1.16kg, sekarang dah 1.56kg .. alhamdulillah
Muka si pejuang dah semakin tembam
Kelihatannya si pejuang dah mula mengenal Ibu dan bapanya

Pejuang Prem semakin sihat, hari ini di bedung. Mukanya juga dah semakin cute walaupun dia mengalami masalah kulit. Sudah pandai senyum dan ketawa.. semuanya positif ..

Yang kurang menyenangkan hari ini adalah, Ibu harus masuk ke wad kerana jahitan semasa operation ada yang merah... ya allah, selamatkan ibu, sihatkanlah dia... Sungguh besar pengorbanan ibu..

Bapa pula, hari ini menangis kerana Si Pejuang masih di NICU, Ibu pula harus masuk wad, sepertinya sangat berat buatnya untuk menerima semuanya.. belum lagi harus memikirkan tentang perniagaan..

Ya allah.. sihatkanlah ibu.. kami ingin bersama dengan gembira dan sihat...

No comments:

Post a Comment