Saturday, November 8, 2014

Hari ke 46

Hari ke 46

Si Pejuang prem semakin positif.
Berat semasa lahir adalah 1.16kg, sekarang dah 1.56kg .. alhamdulillah
Muka si pejuang dah semakin tembam
Kelihatannya si pejuang dah mula mengenal Ibu dan bapanya

Pejuang Prem semakin sihat, hari ini di bedung. Mukanya juga dah semakin cute walaupun dia mengalami masalah kulit. Sudah pandai senyum dan ketawa.. semuanya positif ..

Yang kurang menyenangkan hari ini adalah, Ibu harus masuk ke wad kerana jahitan semasa operation ada yang merah... ya allah, selamatkan ibu, sihatkanlah dia... Sungguh besar pengorbanan ibu..

Bapa pula, hari ini menangis kerana Si Pejuang masih di NICU, Ibu pula harus masuk wad, sepertinya sangat berat buatnya untuk menerima semuanya.. belum lagi harus memikirkan tentang perniagaan..

Ya allah.. sihatkanlah ibu.. kami ingin bersama dengan gembira dan sihat...

Wednesday, November 5, 2014

ROP

ROP

Apa yang saya faham adalah pemeriksaan mata untuk anak prem. Kelmarin,pejuangku telah diperiksa matanya dan hasilnya adalah postif.Tapi pejuangku ada menangis mungkin kerana sakit. Yang saya lihat ROP ini adalah sebuah ujian ke atas mata anak prem.Antara stepnya adalah

- titiskan ubat dimata
- doktor check mata menggunakan alatnya
- dan dapat hasilnya

Ia mengambil masa sekitar 15minit.

Jika anak kita akan menjalani ROP,jangan risau,ia hanyalah pemeriksaan mata sahaja.Tapi ibu harus memberikan moral support kepada anak agar dia kuat.


Monday, November 3, 2014

Post Pertama setelah 41 hari.

Kisah Pejuang Premature

Anak premature adalah " anugerah " yang luarbiasa. Mereka mempunyai kelebihan tertentu. Tetapi mereka juga harus melalui beberapa fasa yang pastinya bayi normal tidak inginkan. Tetapi setiap ibu bapa yang mempunyai anak premature(prem) pastinya ini anugerah yang luar biasa buat mereka.

kata-kata dari si Pejuang
" aku dilahirkan pada umur 7 bulan 3 hari setelah ibuku pecah ketuban dan bleeding. Setelah operation aku lahir kedunia dan ibuku juga selamat. Setelah lahir, aku dan ibu dipisahkan. Ibu ke wad untuk berehat, manakala aku dibawa ke NICU.Apabila masuk, ramai anak-anak disini. Aku diletakkan di zon merah, mereka masukkanku didalam incubator,hidungku diletakkan oksigen, kakiku dililit tali supaya dapat sambung ke monitor agar aku dapat diperhatikan(denyutan jantung, nafas dan paru-paru) oleh nurse dan doktor .Aku dilahirkan pada pukul 12.30 pagi,beratku 1.16kg,alhamdulillah aku dapat bernafas walaupun didunia baru.

Aku tertunggu-tunggu bapaku,akhirnya pukul 2.30pagi bapaku datang melawat.Aku sangat gembira.Bapa bertanya pada doktor tentang diriku.Bapa azankanku dan bacakan beberapa ayat al quran. Setelah itu,bapaku pergi dan meninggalkan ku sendiri ditemani nurse dan doktor

Aku cuba untuk membiasakan diri di inkubator,beberapa hari pertama beratku turun.Bapaku bertanya pada doktor,katanya ini biasa,kerana bayi prem memang akan turun naik berat badannya.Untuk beberapa hari pertama didunia,bapa sering melawatku.

HARI KE 3
Akhirnya, ibu datang melawatku setelah diizinkan doktor.Aku sangat gembira.Ibu ditemani bapaku dengan menggunakan kerusi roda.Akhirnya ku dapat lihat ibuku dan bapa bersama melihatku.Terlihat muka keresahan dimuka mereka,tapi mereka memberikan ku semangat supaya kuat untuk menghadapi ujian ini.... "

APA YANG TERJADI HARI KE 4?
tunggu post yang seterusnya ya ..